NADI MAHIR FOTO MINGGU KETIGA – Mobilegrafi
31 Julai 2026 | Aktiviti TerkiniPada 30 Julai 2026, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO MINGGU KETIGA : MOBILEGRAFI secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Program Pada Minggu Ketiga Kelas NADI Mahir Foto, peserta diperkenalkan kepada konsep mobilegrafi serta perbezaannya dengan fotografi konvensional. Mobilegrafi merujuk kepada seni menghasilkan foto menggunakan telefon pintar, manakala fotografi lazimnya menggunakan kamera khas seperti DSLR atau mirrorless yang menawarkan kawalan teknikal yang lebih luas. Walaupun kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama iaitu menghasilkan imej berkualiti, mobilegrafi lebih menekankan kemudahan, kepantasan dan aksesibiliti. Pengenalan ini memberi gambaran awal kepada peserta tentang potensi telefon pintar sebagai alat fotografi yang berkesan. Sesi ini menjadi asas sebelum peserta mempelajari teknik penggambaran, komposisi dan penyuntingan foto pada minggu-minggu seterusnya.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: