Nadi Mahir Foto – Kelas Minggu Ke-11 (Sesi Praktikal Potrait, Food & Product Photography)
25 September 2026 | Aktiviti TerkiniKursus NADI Mahir Foto Kelas Minggu Ke-11 bertajuk “Sesi Praktikal Potrait, Food & Product Photography” telah dilaksanakan pada 24 September 2026, bermula jam 3.00 petang hingga 4.30 petang bertempat di NADI Kampung Surau. Sesi ini memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan pengetahuan fotografi secara praktikal melalui tiga bidang utama iaitu fotografi potret, fotografi makanan dan fotografi produk.
Sepanjang sesi pembelajaran, peserta diberi pendedahan kepada teknik menghasilkan fotografi potret dengan memberi perhatian kepada manusia, ekspresi dan pencahayaan bagi menghasilkan imej yang lebih menarik. Dalam fotografi makanan pula, peserta mempelajari kepentingan komposisi, pencahayaan dan penyusunan makanan supaya hasil gambar kelihatan lebih menarik serta mampu membangkitkan selera. Bagi fotografi produk, peserta didedahkan kepada aspek susun atur, pemilihan latar belakang dan pencahayaan yang bersesuaian bagi menampilkan produk dengan lebih jelas dan kemas.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, peserta dapat meningkatkan kemahiran fotografi melalui latihan praktikal yang merangkumi pelbagai keperluan penghasilan imej. Pengetahuan yang diperoleh dapat dimanfaatkan untuk menghasilkan foto potret, makanan dan produk yang lebih berkualiti serta menarik. Program ini sekali gus membantu peserta mengembangkan kemahiran kreatif dan memperkukuh peranan NADI sebagai pusat pembelajaran komuniti dalam bidang fotografi digital.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: