KELAS MAHIR MASAK - KELAS PISTACHIO KUNAFA BROWNIES VIRAL

26 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 May 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak - Kelas Pistachio Kunafa Brownies Viral secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Kelas NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara terbuka untuk semua tanpa had umur. Peserta tidak perlu membawa bahan-bahan. Dalam kelas ini peserta akan mempelajari cara membuat kunafa yang ranggup dan tidak liat, Resepi brownies ‘chewy’ dengan rasa coklat premium, Teknik gabungan dua tekstur unik dalam satu dessert dan Tips penyimpanan dan idea untuk jualan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali