TAYANGAN VIDEO CARA-CARA BERKEBUN BERSAMA PELAJAR TABIKA KEMAS KAMPUNG SURAU

24 Mei 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 May 2025, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau bersama guru tabika KEMAS telah bekerjasama mengadakan Tayangan Video Ikan Di Dasar Lautan Bersama Pelajar Tabika Kemas Kg Surau. Tayangan video yang diadakan di NADI Kg Surau ini telah disertai oleh 16 orang pelajar yang berlangsung selama 1 jam bermula dari jam 10 pagi hingga 11 pagi.

Tujuan tayangan ini diadakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan awal kanak-kanak dan memberi pendedahan cara-cara berkebun. Membangkitkan minat dan menanam rasa ingin tahu terhadap penanama. Menggalakkan kemahiran pemerhatian dan membantu kanak-kanak memerhati cara kehidupan alam sekitar.

Dengan adanya tayangan video seperti ini, ia dapat memupuk rasa cinta dan tanggungjawab terhadap penjagaan alam sekitar. Menggalakkan perbincangan dan Interaksi kanak-kanak untuk bertanya soalan, berkongsi pendapat dan pengalaman mereka tentang cara-cara berkebun.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali