NADI-NURTURE DiLea - KELAS BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
7 Mei 2025 | Aktiviti TerkiniPada 6 May 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Kelas Bahasa Melayu secara atas talian. Kelas ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 4 sahaja. Kelas bermula jam 3:30 petang hingga 4:30 petang.
Tujuan Program NADI Nurture DiLea : Kelas Bahasa Melayu ialah para pelajar berjaya menghadiri sesi live class DiLea dan mengambil bahagian secara aktif dalam pembelajaran secara berkumpulan. Sepanjang sesi, mereka menerima maklum balas yang positif daripada guru, juga berpeluang untuk berinteraksi dan bertukar pendapat dengan rakan-rakan. Selain itu, mereka memperoleh input yang bermanfaat daripada guru yang dapat membantu meningkatkan pemahaman serta aplikasi ilmu yang dipelajari semasa dan selepas kelas.
Program DiLea membantu pelajar untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan dan menjadikan NADI sebagai platform utama penyaluran manfaat untuk menyokong literasi digital dalam pendidikan di Malaysia. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: