WEBINAR NADI X WELLBEING – RANCANG KELUARGA BUKAN TANGGUH REZEKI - TAPI SATU TANGGUNGJAWAB

5 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 Julai 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki - Tapi Satu Tanggungjawab secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Tujuan webinar Rancang Keluarga Bukan Tangguh Rezeki - Tapi Satu Tanggungjawab secara atas talian ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya perancangan keluarga sebagai satu tanggungjawab bersama, bukan sebagai satu bentuk penolakan rezeki, tetapi sebagai langkah bijak dalam membina keluarga yang sejahtera dan berkualiti. Objektif webinar ini Menjelaskan konsep sebenar perancangan keluarga dalam konteks kesihatan dan kesejahteraan, Menangani stigma dan salah faham berkaitan isu “menangguh rezeki”, Memberi penerangan tentang kaedah perancangan keluarga yang selamat dan patuh syariah dan menekankan peranan ibu bapa dalam merancang masa depan anak-anak secara bertanggungjawab.

Webinar ini banyak memberi maklumat dan meningkatkan kefahaman, menyuntikan kesedaran dan mendorong perbincangan sihat tentang topik yang selama ini jarang dibincangkan secara terbuka.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali