WEBINAR NADI NURTURE EKELAS USAHAWAN - MODUL 3: AI UNTUK MENCIPTA KANDUNGAN
3 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 2 Julai 2025, telah berlangsung Webinar NADI Nurture eKelas Usahawan - Modul 3 : AI Untuk Mencipta Kandungan di NADI secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini anjuran Maxis eKelas.
Tujuan Webinar Pemasaran Digital eKelas Usahawan di NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada usahawan bagi mengukuhkan Strategi Pemasaran. Webinar modul 3 : AI Untuk Mencipta Kandungan, Modul ini memperkenalkan penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam membantu usahawan menjana kandungan digital dengan lebih pantas, kreatif dan berkesan sesuai untuk promosi produk, media sosial dan komunikasi perniagaan. Usahawan mempelajari pengenalan kepada teknologi AI dalam pemasaran digital, Alat AI popular untuk cipta teks, imej dan video, Cara menggunakan ChatGPT, Canva AI, dan platform lain, Teknik menjana idea dan ayat promosi menggunakan AI dan Etika dan batas penggunaan AI dalam kandungan.
Selain itu, webinar untuk usahawan ini di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: