KELAS MAHIR MASAK (MINGGU 1)

26 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Julai 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah minggu yang pertama. Guru mahir memperkenalkan dan menerangkan cara penggunaan Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) kepada peserta, menerangkan peralatan-peralatan memasak yang akan digunakan dan menerangkan tajuk-tajuk yang akan belajar. Program ini dapat mempelajari teknik asas dan kemahiran memasak dengan betul serta berkesan. Selain itu, menggalakkan peserta menjadikan kemahiran memasak sebagai sumber pendapatan tambahan atau kerjaya.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali