WEBINAR NADI X CYBERSECURITY – KESELAMATAN AKAUN MEDIA SOSIAL: BAGAIMANA 'PISHING' BOLEH AMBIL ALIH AKAUN ANDA?
25 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Julai 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity - Keselamatan Akaun Media Sosial: Bagaimana 'Pishing' Boleh Ambil Alih Akaun Anda?. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Tujuan webinar ini diadakan adalah memberi pendedahan kepada peserta mengenai ancaman serangan siber khususnya serangan ‘phishing’ yang menyasarkan akaun media sosial. Meningkatkan kesedaran tentang kaedah penjenayah siber dalam memperdaya pengguna untuk mendapatkan maklumat peribadi. Membimbing peserta mengenal pasti tanda-tanda serangan ‘phishing’ serta langkah pencegahan yang berkesan. Menggalakkan amalan keselamatan digital dan pengurusan kata laluan yang selamat. Selain itu, menyokong usaha membentuk masyarakat celik siber yang berupaya melindungi identiti serta maklumat peribadi dalam talian.
Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang Cybersecurity. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: