KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) DI SEKOLAH KEBANGSAAN PADANG KERIA
23 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di Sekolah Kebangsaan Padang Keria. Program ini berlangsung pada jam 08:30 pagi sehingga 12:00 tengah hari. Program ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang Kempen Internet Selamat (KIS) kepada para pelajar sekolah rendah di negeri Perlis.
Taklimat Kempen Internet Selamat (KIS) ini disampaikan oleh pegawai dari Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Perlis. Inisiatif KIS merupakan antara kaedah memberi pelajar pendedahan mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah dan selamat. Meningkatkan kesedaran tentang risiko jenayah siber, buli siber, penipuan dalam talian, serta ancaman kandungan tidak sesuai. Membimbing pelajar cara mengenal pasti maklumat sahih, mengurus privasi digital, dan melaporkan aktiviti dalam talian yang mencurigakan. Namun pada masa sama, pengalaman penggunaan Internet dalam kalangan pelajar haruslah di bawah pengawasan sewajarnya dan semua pihak memainkan peranan penting bagi memastikan penggunaan yang selamat, positif serta bertanggungjawab.
Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar sekolah, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak sekolah.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: