KELAS MAHIR JAHIT (MINGGU 1)
23 Julai 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Julai 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:00 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir jahit pada minggu ini adalah minggu yang pertama. Guru mahir menerangkan cara penggunaan LMS kepada peserta, memperkenalkan peralatan menjahit dan menerangkan tajuk-tajuk yang akan belajar serta mempelajari dan menguasai kemahiran asas serta teknik jahitan yang betul. Program Mahir Jahit ini dapat memupuk kreativiti dan inovasi dalam menghasilkan rekaan pakaian atau aksesori berasaskan jahitan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: