NADI DILEA PROGRAM KHAS : WEBINAR BERKALA MATEMATIK EDISI 3

14 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 13 September 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Webinar Berkala Matematik Edisi 3 (Algebra is Awesome!) secara atas talian. Webinar ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 1 - 5 sahaja. Webinar bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang dan disampaikan oleh Cikgu Roslan – Guru Cemerlang Matematik Sejak 2001.

Program Khas – Webinar Berkala Matematik Edisi 3 (Algebra is Awesome!) ini bertujuan untuk memperkukuh penguasaan konsep matematik dalam kalangan pelajar melalui pendekatan interaktif dan mesra pelajar. Kelas ini diteruskan sebagai salah satu usaha berterusan bagi memastikan pelajar kekal konsisten dalam pembelajaran, khususnya dalam subjek matematik. Mendedahkan teknik pantas dan mudah untuk menjawab soalan SPM, Menambahkan keyakinan dan kefahaman terhadap kertas 1 & 2 dan memberi panduan terus daripada guru berpengalaman sejak 2002.

Program Webinar ini membantu pelajar untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan dan menjadikan NADI sebagai platform utama penyaluran manfaat untuk menyokong literasi digital dalam pendidikan di Malaysia. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali