WEBINAR NADI X WELLBEING – SIHAT DARI AKAR UMBI : BAGAIMANA MICROBIOME & EPIGENETIK KAWAL KESIHATAN KITA | W081
13 September 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 September 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Sihat Dari Akar Umbi : Bagaimana Microbiome & Epigenetik Kawal Kesihatan Kita secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini disampaikan oleh Dr. Rashida Safiuddin, Pegawai Perubatan.
Tujuan penganjuran Sihat Dari Akar Umbi : Bagaimana Microbiome & Epigenetik Kawal Kesihatan Kita secara atas talian ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang microbiome & epigenetic, dua benda power yang ramai orang tak sedar kesannya pada kesihatan harian. Menjelaskan bagaimana faktor epigenetik (gaya hidup, pemakanan, persekitaran) boleh mengawal gen dan mempengaruhi risiko penyakit. Meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pemakanan seimbang, gaya hidup sihat dan pengurusan stres untuk kesihatan jangka panjang. Kebaikkan webinar ini ialah Peserta memahami kaitan antara usus sihat = tubuh sihat, Mengetahui cara praktikal untuk menyokong microbiome sihat melalui diet dan gaya hidup.
Webinar ini diharap dapat memberi motivasi untuk mengamalkan gaya hidup sihat secara berterusan serta mendapat ilmu tentang bagaimana faktor luar boleh menghidupkan atau mematikan gen tertentu (epigenetik). Selain itu, membantu mencegah penyakit konik dengan pendekatan pencegahan dari akar umbi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: