KELAS NADI MAHIR MASAK (MINGGU 8)

13 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan pizza base. Cikgu menerangkan pembuatan pizza base dan sos pizza. Seterusnya cikgu menerangkan cara penyediaan pizza base/tapak pizza. Selepas itu, cikgu mengajar cara membuat sos pizza dengan betul. Para pelajar menghasilkan pizza dan menghias pizza mengikut kreativiti.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali