KELAS NADI MAHIR FOTO (MINGGU 8)

13 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Foto pada minggu ini menerangkan basic photography lighting seperti sumber cahaya, kualiti cahaya dan arah cahaya. Melalui kursus ini, peserta akan mempelajari cara mengendalikan teknik menggunakan telefon pintar serta memahami teknik lighting yang tepat proses penyuntingan yang berkualiti. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali