KELAS NADI MAHIR JAHIT (MINGGU 8)

13 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 12 September 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu kelapan untuk pengambilan ke-2 tahun 2025. Minggu ini cikgu menerangkan cara menghantar tugasan dan cikgu terangkan tugasan 1 : Reka Cipta Apron, langkah-langkah menjahit apron. Tugasan 2 : Reka Cipta Kurung Pesak & Kain Susun Tepi. Setelah selesai pelajar harus upload file didalam MTS.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali