KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR TOPIK : PENYEDIAAN BAJA AB (A+B)

5 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 4 September 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama ½ jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini ialah Short Learning Module (SLS). Topik adalah Penyediaan Baja AB (A+B). Cikgu menerangkan apa itu baja AB dan cara penyediaan baja AB. Baja AB adalah larutan baja dalam dua tangki berasingan (A & B), digunakan dalam sistem fertigasi, iaitu kaedah membekalkan air bercampur baja terus ke akar tanaman melalui paip dan drip. Baja ini perlu diasingkan kerana jika dicampur sekali terus, akan berlaku tindak balas kimia terbentuk endapan putih (kalsium fosfat/sulfat) yang menyumbatkan paip. Tujuan Baja AB ialah membekalkan nutrien lengkap kepada tanaman (makro + mikro), meningkatkan hasil & kualiti buah/sayuran. Selain itu, membantu peserta menjimatkan kos dengan menyediakan sendiri baja AB, berbanding membeli larutan siap pasang, mengelakkan kesilapan pencampuran yang boleh menyebabkan baja mendap atau nutrien tidak diserap tanaman.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali