NADI-NURTURE DiLea - TAYANGAN VIDEO UNTUK PELAJAR TINGKATAN 4 & 5

26 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 25 Mac 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Tayangan Video Untuk Pelajar Tingkatan 4 & 5 secara atas talian. Tayangan ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja. Tayangan video bermula jam 2:30 petang hingga 3:30 petang.

Terdapat 3 tajuk tayangan video iaitu Pengenalan Program Bimbingan Akademik, kedua ialah Kehilangan Motivasi Dalam Kalangan Murid SPM Serta Cara Kembalikan dan yang ketiga ialah Tips Cemerlang Dalam SPM.

Program DiLea membantu pelajar untuk membina asas yang kukuh untuk masa depan dan menjadikan NADI sebagai platform utama penyaluran manfaat untuk menyokong literasi digital dalam pendidikan di Malaysia. Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali