PROGRAM BERSAMA KOMUNITI MADANI (MINGGU 2)

23 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 Mac 2025, telah berlangsung Program Bersama Komuniti Madani bertempat di Pusat Sebaran Maklumat (NADI) Kampung surau. Program ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 11:00 pagi. Seramai 8 orang Komuniti Madani yang hadir dari kawasan Long Boh, Kampung Alor Redis, dan Chemumar.

Program pada minggu ini ialah perkenalan kepada Ai iaitu merupakan singkatan kepada Artificial Intelligence iaitu kemampuan mesin atau komputer untuk meniru tingkah laku serta pemikiran manusia. Seterusnya komuniti diajar mengedit sticker untuk dimasukkan kedalam aplikasi whatsapp, download picture didalam pinterest.com dan remove background.

Program ini diadakan bagi menambahkan ilmu serta membantu komuniti mahir dalam pengunaan komputer. Semoga NADI dapat menjadi sebuah pusat sehenti utama (one-stop centre) dalam membantu menyumbang kepada komuniti setempat bagi mengembangkan dan meningkatkan nilai diri dari aspek ilmu, kemahiran, pendapatan dan kemajuan teknologi semasa. 'Majulah NADI Untuk Komuniti'.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali