KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR MINGGU 9 – KENALI SERANGGA (MAHLUK PEROSAK)

22 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Mac 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-9 iaitu Kenali Serangga (Mahluk Perosak). Guru mahir menerangkan serangga yang merosakkan tanaman dan menerangkan mengenai penyebab kerosakkan tanaman iaitu dari serangga atau penyakit. Lokasi serangga perosak ditanaman ialah seperti di pucuk, daun,stem, buah, dahan dan akar.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali