KELAS NADI MAHIR MASAK (CARA PEMBUATAN PIE QUICHE)

21 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 20 March 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak – Fruit Tart secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.

Kelas NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara atas talian menghasilkan Fruit Tart secara atas talian. Peserta tidak perlu membawa bahan-bahan. Cikgu menerangkan mengenai cara penyediaan bahan-bahan dan kuantiti yang diperlukan untuk menghasilkan kulit tart atau dipanggil tart shell. Sebelum menghasilkan Fruit Tart, cikgu mahir juga menerangkan perkakasan yang diperlukan seperti mangkuk, sudip, periuk, piping beg, acuan tart, dulang dan sebagainya. Bahan-bahan didalam tart ialah mengunakan inti kastad serta buah buahan sebagai bahan perhiasan.

Melalui kelas ini, cikgu menerang dan menunjukkan satu persatu kepada peserta supaya senang memahami. Peserta diberi resepi, tips dan rahsia dalam menghasilkan Fruit Tart supaya lebih sedap dan mudah. Dengan adanya kelas mahir masak ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali