KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR (MINGGU 8 – KEPERLUAN ASAS TANAMAN DAN PEMBAJAAN)

15 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 14 Mac 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-8 iaitu Keperluan Asas Tanaman Dan Pembajaan. Guru mahir menerangkan pengunaan baja asas dalam penanaman. Penggunaan baja amat penting dalam proses pembesaran tumbuhan. Selain itu jenis baja-baja juga perlu diambil kira.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali