MEMPERKASAKAN USAHAWAN MALAYSIA MELALUI PEMASARAN DIGITAL
14 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Mac 2025, telah berlangsung Webinar Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital di NADI secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 9:00 pagi sehingga 12:00 tengah hari di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini anjuran Maxis eKelas dengan kerjasama MCMC & UITM.
Tujuan Webinar Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital di NADI secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada usahawan bagi mengukuhkan jenama di pasaran. Terdapat 4 modul pembelajaran iaitu Strategi Pemasaran Digital, Penulisan Iklan, Fotografi Digital dan Merancang & Mengukur Impak. Usahawan diajar menggunakan pelbagai platform dalam pemasaran digital seperti Facebook Ads, ChatGPT dan Canva poster. Webinar ini banyak memberi maklumat seperti perancangan perniagaan, Asas operasi perniagaan, Pengurusan sumber, Pengurusan masa dan beberapa lagi perisian yang sangat menarik untuk disampaikan kepada para usahawan dan komuniti. Dengan adanya webinar Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital, ianya dapat membantu para usahawan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran, menambahkan pendapatan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya.
Selain itu, webinar untuk usahawan ini di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: