PERLAWANAN SARINGAN E-SPORT MOBILE LEGEND BATCH 2
9 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 8 MAC 2025, telah berlangsung Perlawanan Saringan E-Sport Mobile Legend Batch 2. Perlawanan saringan E-Sport Mobile Legend ini berlangsung pada jam 2:30 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau dan telah disertai seramai 11 orang.
Tujuan Perlawanan Saringan E-Sport Mobile Legend dijalankan adalah untuk menyediakan platform praktikal untuk peserta mengasah kemahiran strategi, kerjasama berpasukan, penyelesaian masalah dan pemikiran kritis. Selain itu, memupuk semangat persaingan sihat dan motivasi untuk terus belajar. E-sukan ini juga memberi peluang laluan kerjaya sebagai pemain e-sukan kerana permainan sukan elektronik ini semakin berkembang maju. Jutaan terima kasih atas kesudian peserta yang menyertai dan menjayakan program ini dan Tahniah kepada para peserta yang telah menjuarai Perlawanan Saringan E-Sport Mobile Legend dan yang kalah jangan berputus asa.
Dengan adanya permainan E-Sukan ini, golongan remaja dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Selain itu, permainan ini membuka peluang dan bidang kerjaya yang baru. Taklimat ini juga diharap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: