Kelas NADI Mahir Foto (Teknik Mencipta Kandungan Social Media)
27 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Januari 2025, telah berlangsung Kelas MAHIR FOTO secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus pada minggu ini ialah mengenai konsep dan teknik mencipta kandungan social media. Peserta akan didedahkan kepada kemahiran mencipta kandungan dan pemilihan kandungan media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Tiktok. Penggunaan pelbagai aplikasi dalam membina dan merekabentuk kreatif kandungan media social. Peserta juga akan didedahkan kepada teknik penggambaran seperti menangkap pergerakan, close-up, pemandangan, dan lain-lain teknik fotografi yang relevan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: