Webinar Melindungi Perniagaan Anda
26 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 25 Januari 2025, telah berlangsung Webinar Melindungi Perniagaan Anda (Cara Menguruskan Akaun dan Transaksi Secara Selamat) secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini dianjurkan oleh NADI Cybersecurity.
Tujuan Webinar Melindungi Perniagaan Anda secara atas talian dijalankan adalah membincangkan Asas Keselamatan Siber untuk Usahawan bagi memastikan perniagaan dilindungi daripada ancaman siber yang semakin meningkat. Peserta telah diberi panduan tentang kaedah mengenal pasti potensi risiko siber, melaksanakan amalan keselamatan yang baik serta teknik pencegahan penipuan digital. Selain itu, Webinar ini menerangkan Cara Menguruskan Akaun dan Transaksi Secara Selamat kepada para peserta. Melindungi data perniagaan dengan lebih berkesan.
Dengan adanya Webinar Melindungi Perniagaan Anda ini, ianya dapat membantu komuniti untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran, menambahkan pendapatan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya. Selain itu, webinar di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: