Kelas Mahir Pertanian Pintar (Sesi II- Asas Pertanian)
25 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 24 Januari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah sesi II iaitu Asas Pertanian Pintar. Asas Pertanian menerangkan mengenai asas-asas pertanian dan jenis-jenis pertanian pintar. Selain itu, Guru Mahir memberi pengenalan mengenai hydrophonic, bagaimana menggunakan hydrophonic dengan betul. Guru mahir juga memberi penerangan mengenai fertigasi iaitu cara permilihan tempat untuk menanam pokok, jenis pokok yang sesuai ditanam, bahan yang diperlukan untuk tanaman fertigasi. Modul minngu ini menitikberatkan pada asas pertanian untuk merancang strategi pertanian yang lebih efektif.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: