Staff Training Workshop Module: Tiny Techies (SQL & Revision)

21 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 21 Januari 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri Staff Training Workshop Module: Tiny Techies (SQL) yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik dalam SQL & REVISION yang dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. SQL bermaksud (Structured Query Language) adalah bahasa komputer paling popular yang digunakan bagi mencipta, mengambil, kemaskini dan memadam data dari sistem pangkalan data.

Selain itu, peserta perlu membuat ulangkaji bersama team Future Skills For All dan menyiapkan tugasan dan kuiz yang diberikan. Kursus ini sangat memberi manfaat dan pelajaran untuk para peserta.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali