Program Khas Webinar Osman Affan Slot 3 (Aplikasi Notemaster Pro)

19 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program khas Webinar Osman Affan Slot 3 (APLIKASI NoteMaster Pro), ini adalah sambungan bagi kelas lepas. Program ini dikhususkan bagi pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 sahaja. Webinar ini berlangsung selama 2 jam, bermula jam 3:00 petang hingga 5:00 petang.

Program ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pelajar bagaimana untuk menguasai cara mengaplikasikan teknik secara praktikal. Menguasai teknik menghafal fakta dalam bentuk nombor dan menguasai cara bekerjasama dalam kumpulan bagi menghasilkan nota yang berkesan & mudah diingat hingga ke hari peperiksaan.

Selain itu, program seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali