Kelas NADI Mahir Masak (Tiramisu Viral)

19 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 18 Januari 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak (Tiramisu Viral) secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Kelas Tiramisu Viral ini berlangsung bersama Sasha, Pemilik Butterbee Café.

Kelas NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara atas talian dan terbuka untuk semua tanpa had umur. Peserta tidak perlu membawa bahan-bahan untuk membuat Kek Tiramisu. Peserta diberi resepi rahsia Kek Tiramisu yang lazat, menarik dan teknik yang betul untuk menghasilkan Kek Tiramisu. Kelas NADI Mahir Masak (Tiramisu Viral) ini sesuai untuk peserta memulakan perniagaan kecil-kecilan dari rumah dan boleh memberi peluang menjana pendapatan tambahan.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali