NADI x Keusahawanan 2025 & Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025 Taklimat bersama Petugas NADI
16 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 15 Januari 2025, telah berlangsung Taklimat NADI X Keusahawanan 2025 & Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025 bersama petugas NADI secara atas talian. Taklimat ini berlangsung pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan Taklimat NADI X Keusahawanan 2025 & Pencarian Ikon Usahawan NADI 2025 secara atas talian dijalankan adalah untuk menerangkan kepada petugas mengenai pencarian ikon usahawan yang akan dijalankan. Dengan pencarian ini, usahawan di ajar strategi memulakan perniagaan. Taklimat ini banyak memberi maklumat seperti perancangan perniagaan, Asas operasi perniagaan, Pengurusan sumber, Pengurusan masa dan beberapa lagi perisian yang sangat menarik untuk disampaikan kepada para usahawan dan komuniti. Dengan adanya taklimat NADI x Keusahawanan ini, ianya dapat membantu para petugas untuk menyampaikan maklumat kepada komuniti untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran, menambahkan pendapatan dan boleh menjadi usahawan yang berjaya.
Selain itu, pencarian ikon usahawan ini di harap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: