Staff Training Workshop Module: Tiny Techies (Microbit & Robotic)
14 Januari 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 Januari 2025, petugas Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) telah menghadiri Staff Training Workshop Module: Tiny Techies (Microbit & Robotic) yang diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kursus bermula pada jam 9.30 pagi sehingga 12.30 tengah hari.
Kursus ini dimulakan dengan penerangan ringkas tentang topik-topik dalam microbit & robotic yang dibincangkan. Peserta terdiri daripada petugas NADI. Peserta diajar menggunakan block/code untuk menghasilkan pengaturcaraan robot. Selepas itu peserta diminta membuat latihan serta menjawab kuiz bagi mendapatkan sijil.
Kursus ini dapat memberi pendedahan kepada petugas NADI menambah pengetahuan dan mempelajari dengan lebih mendalam dalam memprogramkan sesuatu. Selain itu, memberi peluang kepada peserta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari ketika kursus.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: