Taklimat Cyber Security Bersama Giatmara Kangar

7 Januari 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2025, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau dan NADI Rpa Arau telah menghadiri jemputan ke Program Advokasi Giatmara Kangar. Program yang diadakan di Giatmara Kangar ini disertai oleh 20 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips keselamatan cyber secara berkesan untuk para peserta melindungi serangan cyber. Antara isi kandungan program ini adalah kenalpasti serangan, terangkan pilihan dan tentukan tahap perkhimatan yang diperlukan. Selain itu, bangunkan rancangan untuk menghentikan serangan daripada memberi kesan kepada aplikasi web. Sediakan pemulihan cepat daripada gangguan serangan siber atau penafian perkhidmatan supaya aplikasi boleh berjalan dengan lancar.

Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran baru di dalam bidang ICT bagi membantu mengembangkan lagi pengetahuan mereka. Dengan adanya program seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali