PERTANDINGAN NADI E-SPORT MOBILE LEGEND NEGERI PERLIS : PERINGKAT KUMPULAN – SUKU AKHIR

27 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2025, telah berlangsung Pertandingan Nadi E-Sport Mobile Legend Negeri Perlis : Peringkat Kumpulan – Suku Akhir. Perlawanan saringan E-Sport Mobile Legend ini berlangsung pada jam 8:30 pagi sehingga 5:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau dan telah disertai seramai 5 orang.

Tujuan Perlawanan Suku Akhir E-Sport Mobile Legend dijalankan adalah untuk mencari kumpulan yang akan mewakili ke peringkat Negeri. Peserta bermaian permainan di atas atalian dengan pengawasan Marshall. Seramai 16 NADI yang bertanding. Para peserta menggunakan strategi masing-masing bagi memenangi perlawanan. Tahniah kepada peserta yang mewakili NADI Kampung Surau yang berjaya ke Top 4th.

Dengan adanya permainan E-Sukan ini, golongan remaja dapat mengelak daripada terjebak dengan gejala sosial yang negatif. Selain itu, permainan ini membuka peluang dan bidang kerjaya yang baru. Taklimat ini juga diharap dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali