KELAS PENSIJILAN KOD ETIKA PEMAIN E-SUKAN MELALUI SISTEM LMS

27 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 26 April 2025, petugas NADI Kg Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan Kelas Esport (LMS). Kelas Esport diadakan secara maya atau lebih dikenali latihan atas talian. Kelas ini bermula jam 2:30 petang hingga 4:30 petang. Kelas ini dihadiri seramai 7 orang peserta.

Kelas Pensijilan E-Sukan Melalui Sistem LMS (Learning Management System) pada minggu ini ialah Kod Etika Pemain E-Sukan di jalankan kepada peserta. Kelas Pensijilan E-Sukan Melalui Sistem (LMS) ini bukan sahaja membantu meningkatkan kesedaran mengenai e-sukan, tetapi juga membuka peluang kepeada peserta untuk menerokai masa depan dalam industri yang semakin berkembang ini. Selain itu, kelas seperti ini dapat mempromosikan lagi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) kepada komuniti berkenaan dengan perkhidmatan yang disediakan oleh NADI.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali