WEBINAR NADI X KESEDARAN SAFE & SHIELD : KEMPEN INTERNET SELAMAT – AYUH LINDUNGI PRIVASI DATA KITA

25 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 24 April 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Kesedaran Safe & Shield – Ayuh Lindungi Privasi Data Kita secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 3:30 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Peserta yang terlibat ialah dari pelajar sekolah rendah dan menengah. Seminar ini disampaikan oleh Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib dari Universiti Utara Malaysia (Pusat Pengajian Teknologi).

Webinar ‘Ayuh Lindungi Privasi Data Kita’ ini adalah untuk memberi penerangan mengenai apa itu data privasi seperti maklumat peribadi, data kewangan dan data digital. Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib memberi penerangan mengenai risiko dan ancaman digital seperti pencuri identiti, pishing, perisian hasad, kebocoran data, serangan siber dan penggodaman, pengumpulan data tanpa izin. Selain itu, diterangkan bagaimana cara kita dapat melindungi diri. Ahir sekali, . Prof. Ts. Dr. Ariffin Abdul Mutalib menerangkan mengenai hak privasi pengguna, cara memanfaatkan hak privasi dan undang-undang privasi.

Webinar ini banyak memberi maklumat tentang keselamatan dan motivasi kepada pelajar. Semoga webinar ini memberi manfaat kepada pelajar untuk berhati-hati dalam penggunaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali