PROGRAM LITERASI KOMPUTER DAN USAHAWAN GIATMARA SESI 01/2025 KURSUS TEKNOLOGI MOTOSIKAL (TML) HARI KE-2

17 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 16 April 2025, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau, NADI Pokok Jawi telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Arau Kursus Teknologi Motosiakal (TML). Program yang diadakan di NADI Kg Surau ini disertai oleh 15 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari kedua program dijalankan adalah mengenai Asas Perniagaan Pemasaran Melalui Internet ( FB page / Whatsapp Business) , Fotografi produk menggunakan mini studio dan Perbentangan hasil kerja menggunakan aplikasi CANVA. Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran baru di dalam bidang keusahawanan dan ICT bagi membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan produk yang mereka hasilkan didalam platform e-dagang.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali