PROGRAM LITERASI KOMPUTER DAN USAHAWAN GIATMARA SESI 01/2025 KURSUS TEKNOLOGI MOTOSIKAL (TML) HARI-1

16 April 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 15 April 2025, pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Surau telah mengadakan Program Literasi Komputer Dan Usahawan kepada pelajar Giatmara Arau iaitu Kursus Teknologi Motosikal (TML). Program yang diadakan di NADI Kg Surau ini disertai oleh 15 orang peserta dan berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk memantapkan ilmu dan kemahiran peserta dalam bidang ICT dan pengurusan maklumat. Peserta juga dipupuk dengan nilai keusahawanan. Program ini dapat berkongsi ilmu dan tips pemasaran online secara berkesan untuk para peserta memperkasakan lagi urusan perniagaan mereka. Antara isi kandungan program pada hari pertama program dijalankan adalah mengenai Pengenalan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) & Advokasi KDB, Pengenalan tentang eUsahawan & Pelan Perniagaan, Pengenalan menggunakan aplikasi CANVA ( presentation, logo dan poster). Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah kemahiran sedia dan juga dapat membantu mengembangkan lagi perniagaan mereka serta mampu mempromosikan NADI kepada orang awam.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali