KELAS NADI MAHIR MASAK (KELAS WESTERN)
14 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2025, telah berlangsung Kelas NADI MAHIR MASAK secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 2:30 petang sehingga 3:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI MAHIR MASAK pada minggu ini adalah secara atas talian iaitu kelas masakan western. Guru mahir menerangkan menu western yang bakal dipelajari pada hari ini iaitu Pan Fried Seabass With Lemon Butter Sauce, Chicken Chop With Mushroom Sauce dan Beef Steak With Blackpapper Sauce. Selain itu, guru mahir menerangkan langkah-langkah, teknik penerapan dan penyediaan bahan. Akhir sekali, peserta diajar mengenai bahan-bahan hiasan yang diperlukan di atas pinggan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: