KELAS MAHIR PERTANIAN PINTAR (MINGGU 10)
12 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 11 April 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Pertanian Pintar secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus NADI Mahir Pertanian Pintar pada minggu ini adalah minggu ke-10. Guru mahir memberi penerangan mengenai teknologi lepas tuai dan pembungkusan. Guru mahir juga menerangkan mengenai apa itu tuaian dan tahap kematangan fisiologi dan kematangan hortikultur. Selain itu, guru mahir peserta juga telah didedahkan dengan penggunaan aplikasi Tuya Smart dalam bidang pertanian yang akan dijalankan.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: