KEMPEN INTERNET SELAMAT (KIS) – BERANI BERTINDAK : BERSAMA MENANGI BULI SIBER
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Kempen Internet Selamat (KIS) – Berani Bertindak : Bersama Menangi Buli Siber. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Webinar disampaikan oleh Prof. TS. DR. Ariffin Abdul Mutalib – Profesor Universiti Utara Malaysia. Tujuan penganjuran Webinar Kempen Internet Selamat – Berani Bertindak: Bersama Menangi Buli Siber adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya dan kesan buli siber terhadap mangsa, keluarga serta komuniti. Webinar ini juga bertujuan memberi pendedahan tentang langkah pencegahan, cara melaporkan insiden buli siber serta saluran sokongan yang tersedia. Selain itu, program ini diadakan bagi membina keberanian dalam kalangan peserta untuk bertindak dengan bijak dan bertanggungjawab ketika berdepan dengan buli siber. Antara kebaikannya ialah peserta dapat menambah ilmu pengetahuan mengenai isu buli siber serta memahami kesan negatifnya terhadap emosi, mental dan sosial mangsa. Webinar ini membantu peserta mengenal pasti langkah pencegahan dan cara melaporkan insiden melalui saluran yang betul, di samping membina keyakinan diri untuk bertindak secara bijak.
Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta meningkatkan tahap kesedaran digital masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet. Program ini juga memberi peluang kepada masyarakat untuk berinteraksi dengan pakar, berkongsi pengalaman, serta mendapatkan sokongan moral. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: