WEBINAR NADI X CYBERSECURITY – KEBENARAN MENAKUTKAN DISEBALIK DARK WEB
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 28 Ogos 2025, NADI Kampung Surau telah berjaya menguruskan dan menjalankan program Webinar Cyberecurity - Kebenaran Menakutkan Disebalik Dark Web. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada 3.30 petang hingga 5.00 petang.
Webinar disampaikan oleh Encik Izzat Hamizan. Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kewujudan dan fungsi Dark Web serta risikonya terhadap keselamatan siber. Memberi pendedahan tentang aktiviti haram yang sering berlaku di Dark Web seperti penjualan data peribadi, penipuan kewangan dan pengedaran bahan terlarang. Membimbing peserta memahami bagaimana jenayah siber bermula dari Dark Web dan kesannya kepada individu serta organisasi. Menyediakan panduan langkah pencegahan dan amalan terbaik dalam melindungi data serta akaun digital daripada disalahgunakan. Menggalakkan masyarakat lebih berwaspada serta membudayakan keselamatan digital dalam kehidupan seharian.
Webinar ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta meningkatkan tahap kesedaran digital masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam penggunaan internet. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: