WEBINAR NADI X WELLBEING – ROKOK, VAPE & STRATEGI KELUAR DARI KETAGIHAN | W076
23 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Ogos 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Rokok, Vape & Strategi Keluar Dari Ketagihan secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau.
Tujuan penganjuran Webinar Rokok, Vape & Strategi Keluar Dari Ketagihan ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai bahaya rokok dan vape terhadap kesihatan fizikal, mental serta sosial. Webinar ini juga bertujuan memberi pendedahan ilmiah berkaitan kandungan bahan berbahaya dalam rokok dan vape serta kesan jangka pendek dan panjang kepada individu. Selain itu, program ini diadakan bagi menyediakan panduan praktikal serta strategi berkesan untuk membantu individu yang ingin berhenti merokok atau vape secara berperingkat. Melalui webinar ini juga, peserta dapat mengenal pasti bentuk sokongan yang tersedia seperti kaunseling, rawatan dan komuniti sokongan.
Webinar ini diharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat serta membina motivasi diri agar peserta lebih bersemangat mengambil langkah positif keluar daripada ketagihan demi kesejahteraan diri, keluarga dan masyarakat dan mendorong perbincangan sihat tentang topik yang selama ini jarang dibincangkan secara terbuk.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: