KELAS NADI MAHIR JAHIT (MINGGU 5)

20 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 19 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu kelima untuk pengambilan ke-2 tahun 2025. Minggu ini ialah menggunting fabrik apron. Cikgu menerangkan cara memotong fabrik dengan betul. Seterusnya cikgu mengumumkan modul untuk minggu ke-6 iaitu menjahit apron, bahan dan alatan yang perlu dibawa. Kemudian, cikgu menerangkan ciri-ciri apron yang pelajar perlu buat mengikut kreativiti sendiri.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali