Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 3)
6 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 5 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.
Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu ketiga untuk pengambilan ke-2 tahun 2025. Minggu ini cikgu menunjukkan cara penggunaan mesin jahit melalui MTS. Selain itu, cikgu mengajar cara ambil ukuran. Kenapa perlu ambil ukuran ialah bagi menghasilkan pakaian yang mengikut ukuran dan bentuk badan pelanggan, menghasilkan pakaian yang selesa dipakai dan ukuran badan akan digunakan untuk membuat pola dan memudahkan kerja menggunting fabrik. Cikgu juga memberi tips semasa ambil ukuran.
Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: