Webinar Nadi X Wellbeing – Migrain Biasa Ke Vestibular? Kenapa Pening Tu Tak Hilang-Hilang? | W094

1 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 31 Oktober 2025, telah berlangsung Webinar Nadi X Wellbeing – Migrain Biasa ke Vestibular? Kenapa Pening Tu Tak Hilang-Hilang? | W094 secara atas talian. Webinar ini berlangsung pada jam 10:30 pagi sehingga 11:30 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Webinar ini disampaikan oleh Cik Darleena binti Abdul Aziz Senior Audiologist/PIC Audiology and Vestibular Services – Prince Court Medical Centre.

Tujuan penganjuran Webinar Migrain Biasa ke Vestibular? Kenapa Pening Tu Tak Hilang-Hilang? secara atas talian ini adalah bertujuan bagi Memberi kesedaran kepada masyarakat tentang perbezaan antara migrain biasa dan migrain vestibular yang melibatkan gangguan keseimbangan serta pening berpanjangan. Mendidik peserta tentang tanda-tanda awal, punca, serta rawatan yang sesuai bagi mengelakkan komplikasi atau salah diagnosis. Meningkatkan kefahaman tentang bagaimana faktor gaya
hidup, stres, dan corak tidur boleh mempengaruhi serangan migrain dan pening. Kebaikkan program ini ialah peserta dapat membezakan antara migrain biasa dan vestibular, sekali gus membantu mendapatkan rawatan tepat lebih awal. Memberi pengetahuan berguna untuk mengurangkan risiko pening berulang dan meningkatkan kualiti hidup. Membantu masyarakat lebih peka terhadap kesihatan otak dan sistem keseimbangan tubuh. Menyediakan ruang interaksi dengan pakar perubatan bagi bertanya dan memahami dengan lebih mendalam tentang simptom pening yang tidak hilang-hilang.

Webinar ini diharap dapat memberi panduan kepada penjaga dan ahli keluarga dalam menangani isu kesihatan mental warga emas. Menggalakkan masyarakat lebih prihatin dan empati terhadap kesejahteraan warga emas.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali