Kelas Nadi Mahir Jahit (Minggu 2)

30 Julai 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 29 Julai 2025, telah berlangsung Kelas Mahir Jahit secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam setengah, bermula pada jam 3:00 petang sehingga 4:30 petang di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus Mahir Jahit pada minggu ini ialah minggu kedua untuk pengambilan ke-2 tahun 2025. Minggu ini pengenalan alatan jahitan dan penggunaan mesin jahit. cikgu juga menerangkan pengenalan asas jahitan supaya peralatan yang betul perlu digunakan dalam setiap langkah membuat pakaian. Ini penting untuk memudahkan kerja dan menghasilkan pakaian yang berkualiti. Objektif modul pada minggu kedua ini ialah pelajar akan memperolehi pengetahuan tentang pemilihan, penggunaan dan penjagaan alatan dan bahan jahitan serta cara pengendalian mesin jahit.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali