Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital

1 Mac 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 28 Februari 2025, NADI Kg Surau telah berjaya menjalankan Webinar Memperkasakan Usahawan Malaysia Melalui Pemasaran Digital. Webinar ini dijalankan secara atas talian dan bertempat di NADI Kampung Surau. Webinar ini berlangsung selama 3 jam, bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Webinar ini berlangsung dengan kerjasama MCMC, UITM dan Institut Pendidikan Berterusan & Pengajian Profesional.

Tujuan webinar ini diadakan adalah untuk berkongsi ilmu dan tips kepada usahawan dan bakal usahawan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Antara modul pembelajaran ialah Strategi Pemasaran Digital, Penulisan iklan, Fotografi Digital dan Merancang & Mengukur Impak.

Program ini dilihat mampu untuk membantu peserta menambah ilmu baru serta mengembangkan lagi pengetahuan dalam bidang keusahawanan melalui pemasaran digital. Dengan adanya Webinar seperti ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada para peserta sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali