Bengkel Canva Di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis

24 September 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 23 September 2025, telah berlangsung Bengkel Canva dan Kempen Internet Selamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis, Perlis. Bengkel ini dianjurkan oleh Guru Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala perlis yang melibatkan 150 pelajar sekolah. Program ini berlangsung di dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Perlis pada jam 08:00 pagi sehingga 2:00 petang.

Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar tentang penggunaan aplikasi Canva sebagai alat reka bentuk grafik yang mudah dan kreatif. Meningkatkan kemahiran pelajar dalam menghasilkan bahan visual seperti poster, slaid pembentangan, infografik dan bahan promosi. Menggalakkan kreativiti serta inovasi pelajar dalam mengekspresikan idea melalui rekaan digital. Menyokong proses pembelajaran dengan penerapan kemahiran digital dalam bidang akademik dan kokurikulum. Mempersiapkan pelajar dengan kemahiran asas reka bentuk digital yang boleh dimanfaatkan untuk projek sekolah dan kegunaan masa hadapan. Selain itu, pelajar diberikan tugas untuk menyiapkan poster dan slaid bertemakan Hari Kemerdekaan atau Hari Malaysia. Melalui Bengkel ini, dapat meningkatkan kemahiran ict pelajar lebih mahir menggunakan aplikasi digital untuk pembelajaran dan aktiviti kokurikulum. Mengasah kreativiti & inovasi, pelajar dapat menghasilkan rekaan poster, slaid, dan infografik yang menarik. Meningkatkan keyakinan diri, pelajar lebih yakin membentangkan hasil kerja kreatif mereka di hadapan guru dan rakan.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar sekolah, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak sekolah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali