Kempen Internet Selamat (Kis) Festival Konvokesyen Unimap

23 November 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 22 September 2025, telah berlangsung Kempen Internet Selamat (KIS) di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) Pauh, Perlis. Program ini berlangsung pada jam 10:00 pagi sehingga 6:00 petang. Program ini bertujuan adalah untuk memberi pendedahan tentang Kempen Internet Selamat (KIS) kepada para pelajar di universiti.

Inisiatif KIS merupakan antara kaedah memberi pelajar pendedahan mengenai kepentingan penggunaan internet secara berhemah dan selamat. Meningkatkan kesedaran tentang risiko jenayah siber, buli siber, penipuan dalam talian, serta ancaman kandungan tidak sesuai. Membimbing pelajar cara mengenal pasti maklumat sahih, mengurus privasi digital, dan melaporkan aktiviti dalam talian yang mencurigakan. Selain itu, menyokong usaha kerajaan dalam membentuk generasi celik digital yang berdaya saing dan peka terhadap keselamatan siber.

Dengan adanya program seperti ini, ianya dapat merapatkan hubungan NADI dengan pelajar universiti, dapat memperkenalkan NADI dengan lebih dekat dan dapat mengambil pendekatan ini untuk menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan. Selain itu, program ini juga di harap dapat membina hubungan baik diantara pihak pengurusan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) dengan pihak universiti.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali